Arthritis
Dan Cara Rawatannya.
Kesakitan
disebabkan Artritis
Arthritis adalah satu keadaan yang menyakitkan dan degeneratif yang
ditandai dengan keradangan pada sendi yang menyebabkan kekakuan dan
kesakitan. Osteoarthritis, jenis arthritis yang paling biasa, ianya menjadi
lebih teruk bila isia kian meningkat. Rheumatoid, arthritis disebabkan oleh
sistem imun yang menyerang sendi seolah-olah mereka adalah satu tisu yang
asing. Oleh sebab itu, arthritis rheumatoid dikelaskan sebagai penyakit
autoimmune :
Apakah penyakit autoimmune?
Penyakit autoimmune adalah satu keadaan di mana sistem imun anda
tersalah menyerang sistem tubuh anda. Sistem kekebalan tubuh biasanya akan mengawasi
kuman seperti bakteria dan virus. Apabila ia merasakan terdapat penceroboh,
ia akan terus menghantar tentera sel pejuang untuk menyerang .Biasanya,
sistem imun dapat membezakan antara sel-sel asing dan sel-sel tubuh anda sendiri.
Dalam
penyakit autoimmune, sistem kekebalan tubuh menyalahkan bahagian badan -
seperti sendi atau kulit anda - sebagai sel yang asing. Ia mengeluarkan
protein yang dinamakan autoantibodies yang menyerang sel yang sihat.
Sesetengah
penyakit autoimun menyasarkan hanya satu organ. Diabetes jenis yang merosakkan
pankreas.
Doktor biasanya merawat
artritis dengan memberi ubat-ubatan anti-radang dan ubat penahan
sakit. Walau bagaimanapun, biasanya beberapa ubat itu menyebabkan kesan sampingan, dan pendekatan
semula jadi sebagai alternatif untuk melegakan kesakitan dan ianya semakin
popular di kalangan masyarakat kita pada masa kini. Perlu diingatkan perlunya berjumpa atau mendapatkan nasihat doktor sebelum mencuba atau mengambil ubat
semulajadi ini.
BERAT BADAN
1. Kurangkan Berat Badan
Berat badan boleh memberi
impak besar berdasarkan jumlah skala kesakitan yang anda alami akibat arthritis ini. Berat
badan yang berlebihan akan meletakkan lebih banyak tekanan bebanan pada sendi anda -
terutamanya lutut, pinggul, dan kaki anda.
Mengurangkan tekanan pada
sendi anda dengan cara mengurangkan berat badan akan meningkatkan /
memudahkan pergerakan, mengurangkan kesakitan, dan mencegah kerosakan pada sendi anda.
SENAMAN
2. Senaman yang Berkala
Terdapat banyak manfaat
bagi bersenam daripada hanya melakukan penurunan berat
badan. Pergerakan biasa membantu mengekalkan kelenturan dalam sendi
anda. Latihan / senaman yang berat seperti berlari atau berjalan boleh
merosakkan sendi anda. Sebaikya, cuba senaman yang ringan seperti
berenang untuk melenturkan sendi anda tanpa memberi tekanan padanya.Cuba juga senaman regangan (boleh rujuk dari youtube).
PANAS
DAN SEJUK
3. Terapi Panas dan
Sejuk
Rawatan panas dan sejuk
yang mudah boleh melegekan kesakitan apabila ianya terjadi, mandi - terutama
pada waktu pagi - membantu mengurangkan kekakuan pada sendi
anda. Gunakan selimut elektrik atau pad pemanas
lembap pada waktu malam untuk memastikan sambungan sendi anda longgar.
Rawatan sejuk adalah
terbaik untuk melegakan sakit sendi , bengkak,
dan keradangan. Balut pek ais gel atau
ais kiub dalam tuala dan sapukan pada kawasan sendi yang sakit, InsyaALLAH
pasti melegakan.
AKUPUNKTUR
4. Kaedah Akupunktur
Akupunktur adalah rawatan
perubatan kuno Cina dengan cara memasukkan jarum nipis pada titik-titik
tertentu pada/dalam badan anda. Ianya dapat memulihkan keseimbangan pada tubuh
anda. Akupunktur adalah terapi pelengkap yang paling disyorkan dan dikaji oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk rawatan lebih
daripada 100 keadaan yang berbeza.
Adalah dipercayai bahawa
akupunktur mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesakitan disebabkan oleh arthritis.
MEDITASI
5. Kaedah Meditasi
(releksasi) untuk Mengatasi Rasa Sakit
Teknik meditasi dan relaksasi boleh
membantu anda mengurangkan kesakitan akibat arthritis dengan cara mengurangkan
tekanan dan membolehkan anda mengatasinya dengan lebih baik. Amalan meditasi
adalah berkesan bagi sesetengah pesakit yang mengalami kesakitan akibat arthritis. Penyelidik juga mendapati bahawa pesakit yang mengalami kemurungan mendapat
manfaat paling banyak dengan melakukan meditasi. Apabila tekanan
dikurangkan,
keradangan, bengkak dan rasa sakit akan berkurangan .
Zikir adalah salah satu
cara relaksasi yang paling efektif. Relaksasi
zikir merupakan bentuk sikap pasif atau pasrah dengan menggunakan kata yang
diulang-ulang sehingga memberi tindak-balas relaksasi iaitu tenang.
Hasil dari relaksasi yang digabungkan keyakinan ini sudah
dikembangkan oleh Dr. Benson (Relaxation Response,2000), dimana dengan mengulang kata (zikir) yang dipilih, dapat
membangkitkan perasaan tenang.
ASID LEMAK
6.Asid Lemak yang Betul Dalam Diet Anda.
Setiap orang
memerlukan asid lemak omega-3 dalam diet mereka
untuk kesihatan yang optimum. Lemak ini juga membantu mengurangkan
arthritis anda. Suplemen minyak ikan yang tinggi di dalam omega-3, dapat mengurangkan kekakuan dan
kesakitan.
Asid lemak lain yang boleh
membantu ialah asid 'gamma-linolenic', atau GLA. Ia
didapati dalam benih tumbuhan tertentu seperti minyak primrose, borage, hemp (ganja), dan anggur hitam .Walau
bagaimanapun, pastikan anda bertanya / meminta nasihat dari doktor sebelum mengambilnya.
KUNYIT
7. Tambahkan Kunyit Dalam Hidangan
Kunyit, rempah yang
lazim dalam kebanyakan hidangan masyarakat kita, mengandungi bahan kimia yang disebut curcumin yang boleh membantu
mengurangkan kesakitan arthritis. Rahsianya adalah sifat anti-radangnya, Juga
sebagai galang ganti bagi ubat ‘pain killer’ dan NSAID (non steroid anti inflammatory
drug), contohnya, paracetemol.
Laporan NIH (National Institutes of Health) menyatakan bahawa kunyit yang
diberikan kepada tikus makmal mengurangkan keradangan pada sendi
mereka. Lebih banyak penyelidikan mengenai penggunaan suplemen untuk
manusia diperlukan, tetapi ia hampir tiada kesan sampingan apabila menambahkan kunyit dalam menu makanan anda.
URUT
8. Urutan
Mengurut sendi rematik
secara teratur dapat membantu mengurangkan kesakitan, kekakuan dan
meningkatkan jangkauan dalam setiap gerakan rutin harian anda.Menggurut dengan lebih kerap
atau berkala juga dapat mengurangkan kesakita akibat arthritis.
Pakar
terapi urut haruslah
yang berpengalaman dan terbiasa dengan pesakit arthritis.Sila dapatkan nasihat
dari doktor anda bagi mendapatkan cadangan.
HERBA
9.Suplemen Herba
Terdapat banyak jenis prudok suplemen
herba di
pasaran yang mendakwa dapat mengurangkan sakit sendi. Sesetengah herba, khusus untuk penyakit arthritis termasuk:
·
Boswellia (kemenyan)
·
Bromelain
(sejenis enzim dalam batang buah nenas)
·
Devil’s
claw (cakar syaitan)
·
ginkgo
·
Stinging
nettle (jelatang)
·
Thunder
God Vine
Sentiasa berbincang dengan
doktor anda sebelum mencuba suplemen baru untuk mengelakkan kesan sampingan dan
interaksi dadah yang berbahaya.
Adakah tekanan psikologi (stress) menyebabkan kesakitan arthritis?
Adakah tekanan psikologi (stress) menyebabkan kesakitan arthritis?
Hubungan antara ‘stress’
dan keradangan adalah sangat jelas. Individu dalam keadaan tertekan akan melepaskan bahan kimia yang memberi
kesan kepada sistem imun, dan ini menyebabkan keradangan. Akibatnya,
arthritis menyala semula. Mengalami perubahan kehidupan seperti kematian orang yang dikasihi, kebimbangan kewangan, memerlukan kita untuk
menyesuaikan diri, desakan mengubah rutin harian dan seterusnya mengalami kebimbangan, menambahkan lagi kesakitan kepada pesakit. Adalah penting untuk mengawal
‘stress’ apabila anda berasa tertekan dan bimbang. Menjadi sedar atau
berfikir secara waras akan mengingatkan anda untuk berehat. Apa yang dapat membantu anda berehat?
Berikut adalah beberapa
cadangan cara untuk berehat.
a) Bernafas secara perlahan
selama dua minit.Menyedut masuk udara ke dalam paru-paru dengan lembut(4saat).Menghembuskan
nafas panjang secara perlahan-lahan (8 saat),
b) Meditasi, perbanyakkan
berzikir dan solat sunnat.
c) Jadilah lebih kreatif. Melukis,
menulis dsb.
d) Mendengar muzik,
menonton filem, atau terlibat dalam beberapa aktiviti yang membolehkan anda
berhenti memberi tumpuan kepada apa yang menjadi kebimbangan anda.
e) Merapatkan diri anda
dengan alam semula jadi, berkhemah, melakukan aktiviti dalam hutan dsb.
f) Menghabiskan masa
dengan seseorang yang boleh membuatkan anda ketawa. Ketawa membantu menghilangkan
tekanan tubuh dan meningkatkan keinginan untuk hidup.
g) Melibatkan diri dalam aktiviti sosial, seperti menyertai sukarelawan khidmat masyarakat dsb.
g) Melibatkan diri dalam aktiviti sosial, seperti menyertai sukarelawan khidmat masyarakat dsb.
Sekiranya anda mengalami
tekanan, rasa sakit, dan bimbang tentang kehidupan dan kesdakitan arthritis
anda,ianya mula mengganggu kualiti hidup anda, berbincanglah dengan doktor
anda atau rujuk kepada pakar untuk mengetahui cara untuk mengurangkan tekanan
dan meningkatkan rasa keselesaan, kedamaian dan ketenangan hidup anda.WaAllahuallam.
Terjemahan dan olahan : Nik Ibrahim Bahiri
urut tradisional, menggurut, urut kota bharu, kelantan, produk kesihatan, urut stroke, urut batin, urut lelaki, urut tenaga, refleksologi, bekam, strok, kencing manis, cara menangani stres, massage, kelantan, kota bharu, sihat, darah tinggi, ubar herba, ubat, herba, sakit.. facebook.
tukang urut tradisional,urut tradisional,tukang urut urut lelaki kota bharu services wanted in kota bharu, kelantan
tukang urut kelantan,tukang urut lelaki,kota bharu,kelantan, malaysia, urut batin, lemah tenaga, urutan batin, urut trasional, stroke,nak cari tukang urut, darah tinggi, urutan lelaki, bekam, berbekam, fisioterapi, youtube, facebook,gmail, google, rawatan sakit sendi, rawatan sakit belakang, slip disk, kemurungan, tukang urut kota bharu, masalah tenaga batin, bersukan, bola sepak, red worrior kelantan,hand on massage, olympic.
urut tradisional, menggurut, urut kota bharu, kelantan, produk kesihatan, urut stroke, urut batin, urut lelaki, urut tenaga, refleksologi, bekam, strok, kencing manis, cara menangani stres, massage, kelantan, kota bharu, sihat, darah tinggi, ubar herba, ubat, herba, sakit.. facebook.
Comments
Post a Comment