Posts

Aktiviti Seks (Senaman Seks) Dan Kesihatan.

       Setiap individu mempunyai perspektif yang berbeza bila bercakap mengenai seks. Ada yang mengelak daripada bercakap mengenainya dan ada juga yang terbuka terhadap isu ini. Firman Allah swt bermaksud: “Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…” (Surah Ali Imran ayat 14) Firman Allah swt bermaksud: ” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..” (Surah Al Baqarah ayat 187) Firman Allah swt bermaksud: ” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut kamu suka dan kehendaki” (Surah Al Baqarah ayat 223)  Aktiviti seks  sebenarnya adalah salah satu kurniaan Tuhan yang sememangnya membawa kepada kebaikan jika diamalkan dengan betul (untuk pasangan yang sudah halal hubungannya). Terdapat beberapa kebaikan seks kepada kesihatan yang mungkin perlu anda fikirkan dan ketahui...
Recent posts